Breaking

08 November 2015

Gambar Kursus Pengurusan Jenazah Sesi Julai-Disember 2015

BINTULU – Unit Pendidikan Islam telah menjalankan Kursus Pengurusan Jenazah (PEJAM) bersama para pelajar Muslim semester 2 di Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu selama 1 hari pada 07 November 2015.

Program ini dijalankan untuk memberi penekanan kepada para pelajar mengenai kewajipan menguruskan jenazah dengan cara yang betul di samping memberi kefahaman kepada pelajar mengenai kepentingan istiqamah dalam menunaikan setiap suruhan Allah SWT.

Kursus ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua peserta yang terlibat. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan komitmen yang diberikan oleh para pelajar dalam setiap sesi yang dijalankan. Bermula dengan aktiviti pendaftaran, para pelajar telah pun hadir sebelum sesi pendaftaran bermula. Kemudian disusuli dengan sesi ceramah berkaitan teori pengurusan jenazah, para pelajar didapati memberikan perhatian yang penuh terhadap setiap kandungan ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas daripada JAIS bahagian Bintulu.

Kemuncak komitmen pelajar dalam kursus ini dapat dilihat pada sesi amali pengurusan jenazah mencakupi aspek penyediaan jenazah, memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, menyembahyangkan jenazah dan menguburkan jenazah. Setiap pelajar didapati sangat teruja ketika sesi ini dan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi amali yang dipimpin oleh penceramah jemputan.