Breaking

08 March 2016

Solat Sunat Gerhana Matahari IKM Bintulu


Assalamualaikum W.b.t

IKM BINTULU - Jawatankuasa kerohanian akan menganjurkan solat sunat gerhana matahari pada 09 Mac 2016. Majlis ini akan dilaksanakan di Surau Ar-Raudhah dan penyertaan adalah melibatkan kesemua pelajar dan staf Muslim IKM Bintulu.

Program ini penting bagi mendedahkan pelajar tentang cara-cara pelaksanaan solat sunat gerhana matahari yang jarang-jarang berlaku. Selain itu, program ini juga mustahak untuk menegaskan kepada pelajar mengenai kekuasaan Allah SWT. Apa sahaja kejadian mencakupi kejadian yang tidak mampu difikirkan oleh manusia pasti terjadi dengan kekuasaan dan kehendak Allah SWT.